pengenalan makanan dan pemakanan..

February 22, 2010 at 6:53 am (pengenalan makanan dan pemakanan, PERANAN PEMAKANAN)

Setiap individu meneruskan kehidupan dengan memenuhi keperluan yang paling penting untuk hayat dan kehidupan berkomuniti. Keperluan individu yang asas ialah keperluan primer seperti makanan, air, pakaian, tidur, dan tempat kediaman. Selain itu, individu juga perlu memperoleh keperluan sekunder seperti kasih sayang, penerimaan, penghormatan dan pencapaian akademik.

Makanan merupakan keperluan fizikal yang terlalu penting. Tanpa makana yang mencukupi dan kualiti makanan yang baik, kesihatan individu akan terganggu. Dalam jangka masa tertentu, individu yang tidak makan akan kelaparan, seterusnya boleh menyebabkan kematian.

Sekiranya individu memperoleh keperluan primer dan sekunder ini, kesempurnaan hidup akan terjamin. Keseimbangan keperluan ini penting bagi mewujudkan keselesaan hidup dalam komuniti yang dinamik. Keperluan ini berbeza antara individu. Antara faktor yang mempengaruhi keperluan tersebut ialah fisiologi, agama, budaya, dan geografi

Apakah Makanan?

Makanan adalah sesuatu bahan yang boleh dimakan yang berbentuk pepejal atau cecair. Makanan terdiri daripada berbagai-bagai tekstur, rupa, dan warna. Rasa makanan adalah pahit, masin, dan manis dapat merangsang selera.

Kandungan makanan.

Makanan mengandungi komposisi elemen kimia yang disusun dengan berbagai-bagai cara untuk membentuk molekul. Molekul ini digunakan untuk memberi fungsi tertentu bagi kesihatan tubuh. Molekul elemen kimia tersebut dinamakan nutrien. Bahan makanan akan ditukar kepada bahan asas nutrien melalui proses pencernaan sebelum diserap.

Nutrien yang terdapat pada makanan ialah :

1) protien
2) karbohidrat
3) lemak
4) vitamin
5) garam mineral

Pelawas dan air tidak termasuk dalam kumpulan nutrien tetapi penting dalam pemakanan dan proses perkumuhan.

PERANAN MAKANAN

Makanan mempunyai berbagai-bagai peranan dalam kehidupan. Peranan makanan yang paling penting adalah yang berikut.

a) SUMBER NUTRIEN

Makanan membekalkan sumber nutrien untuk tubuh. Nutrien yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan boleh didapati daripada bahan makanan seperti haiwan dan tumbuhan. Nutrien diperlukan untuk menjalankan fungsi tubuh dari fizikal, fisiologi dan kimia.

Fungsi Tubuh Dari Segi Fizikal

1) Pertumbuhan
2) Pergerakan
3) Pemikiran
4) Pembiakan

Fungsi Tubuh Dari Segi Fisiologi dan Kimia

1) Penggunaan cecair
Air yang kita minum akan digunakan bagi memenuhi keperluan tubuh seperti dalam proses pencernaan, sistem perkumuhan dan untuk melicinkan sendi dan membran

2) Pembekuan darah
Dengan adanya menadion (Vitamin K) dalam diet, fibrin boleh dibentuk. Fibrin berguna untuk pembekuan darah semasa kita luka.

3) Keaktifan enzim
Protein dari sumber haiwan dan tumbuhan digunakan oleh tubuh bagi membina berbagai-bagai jenis enzim dalam proses pertumbuhan seperti pencernaan makanan.

4) Pengawalan suhu tubuh
Lemak dan karbohidrat yang kita makan daripada daging, marjerin, bijirin dan minyak sayur-sayuran berfungsi sebagai sumber haba dan tenaga. Dengan adanya tenaga, haba dan air, tubuh dapat mengawal dan mengekalkan suhu yang normal.

5) Pengeluaran tenaga
Sumber makanan daripada lemak dan karbohidrat seperti nasi, roti, daging dan mentega membekalkan tenaga yang membolehka kita bergerak dan menjalankan aktiviti seharian.

6) Sintesis protien dalam tubuh
Makanan daripada protien seperti ayam, ikan dan kekacang akan dicernakan oleh tubuh untuk membina sel yang mati, membentuk otot dan organ fetus dan membina antibodi bagi membunuh kuman.

b) PERKEMBANGAN SOSIAL

Perhubungan antara individu merupakan aspek penting untuk mewujudkan keharmonian dalam kehidupan berkomuniti. Keharmonian diperoleh daripada persefahaman dan perhubungan mesra yang sering kali diwujudkan semasa makan bersama keluarga dan rakan.

Memberi juadah kepada jiran atau menjemput mereka makan bersama pada hari perayaan tertentu juga dapat mewujudkan perhubungan mesra. Oleh itu makanan menjadi sumber untuk mengeratkan dan menjalinkan hubungan sosial antara individu.

c) MENGAMBARKAN STATUS KEHIDUPAN

Apabila individu berjaya dalam kerjayanya, pendapatannya akan bertambah. Oleh itu individu tersebut mampu membuat pilihan makanan dan menjamu selera yang lebih mewah. Jika individu berpendapatan rendah, pilihan jenis makanan dan tempat menjamu selera akan berbeza dengan mereka yang berpendapatan tinggi.

d) GANJARAN MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU

Tingkah laku individu merupakan merupakan sebahagian daripada personaliti. Personaliti dapat diperbaiki melalui makanan. Contoh, apabila kanak-kanak bersikap positif, ia akn diberi makanan yang digemari. Jika kanak-kanak itu bersikap negatif, makanan yang disukai tidak akan diberi. Sekiranya pengukuhan ini dibuat berulang kali, tingkh laku dapat diperbaiki dan personalitinya akan berubah.

e) MENTENTERAMKAN FIKIRAN

Emosi individu sering berubah daripada emosi yang stabil lepada yang tidak stabildesebabakan kekecewaan, putus asa. rasa bersalah dan sedih kerana kehilangan sesuatu. Ada individu yang mengawal emosi ini melalui makanan. Apabila mereka makan, ketegangan emosi ini dapat dikawal dan dikurangkan buat seketika.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: