PEMAKANAN..

February 22, 2010 at 6:54 am (pemakanan, PERANAN PEMAKANAN)

Pemakanan melibatkan pertumbuhan, pemulihan dan pengawalan tubuh yang bergantung kepada pengambilan makanan. Tubuh manusia merupakan struktur yang kompleks terdiri daripada unit-unit sel. Sel ini akan membentuk tisu dan organ yang menjalankan fungsi tubuh.

NUTRIEN

Nutrien adalah komposisi kimia yang terdapat dalam makanan. Setiap nutrien akan melalui proses pencernaan sehingga menjadi bahan ringkas sebelum diserap dan digunakan. Air sangat penting dalam kehidupan kerana air membantu metabolisme dan diserap bersama nutrien yang lain.

Pelawas ialah selulosa yang sangat penting dalam proses perkumuhan. Pelawas bukan sejenis nutrien kerana serabut ini tidak dicerna dan diserap.

–> Protein

Protein mengandungi molekul yang kompleks terdiri daripada elemen berikut :
Oksigen (O)
Karbon (K)
Hidrogen (H)
Nitrogen (N)

Nitrogen menjadi bahan asas dalam setiap pembinaan sel dalam tubuh.
Molekul dalam protein disusun dalam bentuk unit kecil dinamakan asid amino dan bersambung antara satu sama lain.
Setiap asid amino mempunyai jumlah mempunyai jumlah molekul yang berbeza dan kombinasi yang berlainan. Terdapat 26 jenis asid amino yang dibahagikan kepada dua katgori.
1) Asid amino penting, tidak dapat dihasilkan oleh tubuh. Protein yang mengandungi asid amino penting dinamakan protein lengkap dan kebanyakan didapati daripada daripada sumber haiwan. Protein lengkap dapat mengawal kesihatan dan menggalakkan pertumbuhan. Oleh itu asid amino ini perlu dalam diet.

Asid amino penting ialah :
lisina
leusina
isoleusina
treonina
fenilalanina
metionina
valina
triptofan

Histidina dan sistem adalah asid amino penting untuk pembesaran kanak-kanak.

2) Asid amino tidak penting dapat dihasilkan oleh tubuh.

Protein yang mengandungi asid amino tidak penting dinamakan protein tidak lengkap yang rendah nilai biologinya. Sumber protein ini ialah daripada tumbuhan seperti bijirin dan kekacang kecuali kacang soya yang tinggi nilai biologinya

…kandungan protein dalam setiap 100 gram makanan
kacang soya putih –> 33.8g
susu tepung penuh krim –> 27.2g
kacang tanah tanpa kulit –> 25.5g
daging lembu tanpa lemak –> 22.8g
daging ayam –> 22.3g
daging kambing –> 20.9g
keju cedar –> 21.7g
daging arnab –> 21.1g
ikan kembung –> 20.9g
udang galah –> 18.0g
telur ayam (sebiji) –> 12.9g
susu isian –> 8.7g

sumber: komposisi zat dalam makanan Malaysia. Asean sub-comitteeon protein: Food Habits Research and Development Malaysia, 1998.

Fungsi protein ialah :
1) menggalakkan pertumbuhan sel tubuh dan membentuk tisu seperti otot, tulang, gigi, kulit dan organ seperti paru-paru dan buah pinggang.
2) membaiki dan menggantikan sel yang rosak dan mati seperi luka, lebam, dan tulang patah.
3) menghasilkan bahan kimia dalam tubuh seperti antibodi, enzim,hormon dan sel darah merah.
4) membekalkan haba dan tenaga sekiranya terdapat kekurangan karbohidrat dan lemak.

Keperluan harian protein

Keperluan protein dalam tubuh berbeza berasaskan umur dan keadaan individu. Pada peringkat bayi dan kanak-kanak, protein banyak diperlukan untuk perkembangan fizikal dan mental. Pada peringkat remaja, protein sangat diperlukan untuk proses pertumbuhan fizikal. Protein penting untuk ibu hamil bagi pertumbuhan fetusnya. Ibu yang menyusukan memerlukan protein untuk menghasilkan susu.

Anggaran keperluan protein harian bagi setiap kilogram berat tubuh

bayi –> 2.6-4.0g
kanak-kanak
1-3 tahun –> 2.1-3.3g
4-6 tahun –> 1.5-2.8g
7-9 tahun –> 1.3-2.2g
10-12 tahun –> 1.5-1.9g
lelaki 13-15 tahun –> 1.3-2.1g
perempuan 13-15 tahun –> 1.2-2.1g
ibu menyusukan –> 1.3-1.9g
ibu hamil –> 0.9-1.8g
wanita dewasa –> 0.7-2.0g
lelaki dewasa –> 0.6-2.1g

Kekurangan protein menyebabkan :

1) pertumbuhan terganggu dan terbantut
2) pembentukan sel darah merah terganggu mengakibatkan anemia
3) luka, cedera dan kudis mengambil masa yang lama untuk sembuh
4) tubuh kurang upaya melawan penyakit
5) kurang upaya mental apabila kekurangannya serius pada perigkat bayi (1 bulan hingga 18 bulan) yang sepatutnya ketika itu pertumbuhan sel otak mencapai peringkat 80 peratus.
6) penyakit kwasyiorkor iaitu kekurangan protein yang serius yang boleh berlaku pada kanak-kanak.

Berlebihan protein

Protein yang berlebihan akan ditukar kepada lemak dan urea. Kumpulan nitrogen akan dikeluarkan sebagai urea melalui proses perkumuhan. Karbon akan ditukar menjadi lemak adipos.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: